Sabtu, 27 Disember 2008

mari menjadi jahat

memandangkan abang aku telah mengajar kamu semua menjadi baik, eloklah kiranya aku mengajar kamu semua menjadi jahat pula. dan kamu pilihlah sendiri.

ok tarik nafas panjang dan mari mulakan..

....................

#1
jika anda tinggal di rumah tinggi seperti kondominium, anda boleh cuba melepaskan seekor anjing di dalam lif dan kemudian tutup lif itu dan biarkan lif itu bergerak ke ground flour. jikalau mahu menjadi lebih jahat, rakamlah situasi lif itu terbuka nanti dan upload rakaman anda di youtube.

#2
katakan kawan anda sedang memandu kereta dan anda berada di tepi beliau. apabila sampai di satu selekoh dan kawan anda sedang membelok dgn laju, anda tanpa segan silu menarik handbrake dengan kuat nescaya kereta itu akan drift dan berpusing 2,3 kali. kalau nasib baik, kamu berdua boleh mati di rempuh kenderaan lain.

#3
banyak duit baru2 ini? anda boleh cari peminta sedekah di tepi jalan. ajak beliau makan di kedai berhampiran. mesti dia gembira. suruh peminta sedekah itu tambah nasik dan lauk. apabila anda sudah makan, dengan selamba anda berkata "kau bayar sendiri la miskin!!"

#4
ambil sebatang kayu, dan berjalan ke arah kawan dengan perlahan2. ready untuk menghayun kayu tersebut ke kepala kawan anda. apabila kawan anda terkejut dan bersedia untuk lari, pukul perut beliau sehingga mati. selepas beliau mati, anda boleh pijak kepala beliau dan curi duit beliau.

#5
jika anda pergi ke tempat kenduri, ketika anda sedang mengambil makanan, anda bolehlah batuk dan sengaja mengeluarkan kahak atau hingus dan jatuhkan ke dalam makanan yang disediakan.

#6
pelihara seekor lipan. apabila cukup matang, anda boleh cuba melepaskan lipan itu di kaki orang gaji anda ketika beliau sedang mencuci pinggan. selepas itu, pukul ekor lipan itu supaya ia mengigit.

#7
lepaskan seekor ular tedung di dalam helmet kawan anda dan ajak beliau bersiar-siar menaiki motosikal.

#8
telefon kawan2 anda bertanya bila ibubapa beliau hendak meninggal dunia.

Rabu, 24 Disember 2008

puisi aku

bangun pagi gosok gigi makan
hari cuti tidur lagi
bangun kembali

kerja bosan tiada masa
penat habis tengah jalan
keluargaku terabai

poket penuh joli lagi
poket kosong menyesal
marah hati risau

mahu jadi tarikan
bukan kebijaksanaan jadi ukuran
tapi kekuatan

siapa mahu lebih??
kamu memang pengecut
ini bukan zaman batu

suka ria riang ria
fikiran lupa
tanggungjawabku mana?

jangan jadi bodoh..
jangan jadi buruh..
kita mengata anak orang..
orang mengata anak kita..

ayahku memang hebat..
pemacu masa depan
tiada peluang

Isnin, 22 Disember 2008

hampeh

semua org cakap pasal result.

arghhh...aku bukan bodoh cuma malas...

xpe la, korang grad dulu..aku grad lambat sket..

*situasi di atas menunjukkan result aku yang x brape best..

Rabu, 10 Disember 2008

sialan pemusnah bangsa


situasi 1
mak tanya "kau dah makan ke?"
dia jwb "semalam kan dah cuci keta"
mak ckp lagi "kepala hotak hang berjambul!!"

situasi 2
"ala aku hutang ko RM300 nanti aku bayar cukup bulan"
bila dah cukup bulan - "ala kad bank aku rosak la" @ "ala aku x sempat pusing modal la"

situasi 3
tido pukul 4 pagi bangun pukul 4 petang.
"aku penat la...smalam aku x tido"

situasi 4
"pssttt. aku xde duit la. malam ni kita curi kasut nak??"
"bleh gak.. x pon kita curi besi longkang.."
"aku rasa curi kabel pon ok gak..."

jangan kau mencuba dadah
ia merbahaya
aku ramai kawan penagih dadah
semuanya sial-sial belaka

situasi di atas adalah sebahagian dari kehidupan manusia yang bergelumang dengan najis dadah. mereka akan lalok, susah tido, hutang keliling pinggang, mencuri dan akhirnya di pukul beramai-ramai oleh rakan2 sendiri.

oleh itu, hisaplah rokok sahaja.

Isnin, 8 Disember 2008

nasib malang




1st time kalah memang kena duduk mencangkung je.. 2nd time kalah kena pakai spek itam walaupon main dalam rumah je.. 3rd time kalah kena pakai helmet la pulak.. masalahnya 4th time main pon kalah jugak.. sebab tu kena pakai beg uitm. haha bengong betol..

kenapa begini??

duit begitu penting dalam kehidupan kita seharian. tanpa duit manusia akan menjadi x tentu hala. mmg duit bukan segalanya. duit x leh beli kesihatan. duit x leh beli kebahagiaan rumahtangga. tapi duit boleh beli rumah dan tangga.

tiap2 hari manusia bangun tido dan mencari duit. maksud aku bukan cari duit kat bawah karpet atau kat bawah kusyen sofa, tapi gi kerja la. diorang cari duit la tu. penting ke duit??

aku rase penting. kalau x penting mesti mak aku x suruh aku blaja pandai2 sampai masuk U. mak aku buat sume tu nak suruh aku bijak, pastu dapat keje best, pastu dapat gaji besar. maknanya mak aku buat sume tu sebab nak suruh aku banyak duit la bile besar nanti.

duit berbeza kalau kat kelantan n kat KL. bukan matawang yang berbeza. RM10 kat kelantan pun kaler merah jugak. sama je. maksud aku berbeza dari kelajuan. kelajuan untuk habis.

kalau korang ada RM300 kat KL ape yang korang bleh buat? serius aku ckp RM300 kat KL kejap je. tapi kalau kat kelantan, maybe bleh sampai sebulan. kenapa duit jadi begitu penting?

kalau kat KL bangun pagi makan kedai mamak RM5 + air RM1.80 + rokok RM6.50
kalau kat kelantan bangun pagi makan kedai kopi RM3 + air RM1 + rokok 60sen (bleh beli sebatang)

kalau nak gi jalan2 kat KL kena isi minyak kete, kena bayar tol, kena bayar parking. cuba ko jalan2 kat kelantan. mane ade tol, parking pon free je kat KB mall. kalau korang x caye cuba la pegi.

aku bukan nak bandingkan pape sebenarnya. aku cuma kesian kat penghuni dunia. diorang dah x de mase untuk bersama anak2 dan isteri mereka yang tercinta. bangun tido, mandi solat n terus pergi kerja. kalau lambat nanti jalan sesak plak. balik keje petang kang jalan sesak lagi. dah la penat ngan keje. sampai je rumah penat gila. mandi n tido. besok pon sama la. bila mereka nak luangkan masa main2 ngan anak mereka??

tapi tu memang kehidupan. semua orang pon mcm tu. aku pon x leh nak buat ape. bile aku keje nanti pon maybe mcm tu jugak. tu sume duit punya pasal.

Jumaat, 5 Disember 2008

apa dah jadi??

orang zaman sekarang dah pelik..kenapa semua orang nak jadi pelik??
aku penah jumpa orang pakai kasut biru belah kanan merah belah kiri..
aku penah jumpa orang tindik kat telinga tapi ada rantai sambung kat hidung..
ramai dah jadi hamba fesyen..baju mcm2 ragam..seluar mcm2 pattern..kasut mcm2 brand..
aku pun suke ikut trend tapi aku lagi suka trend aku sendiri..kenapa nak pakai baju polo kalau penyanyi muse pakai baju polo??nak jadi mcm dia ke??

gi bundle semate2 nak cari baju polo..kalau ada baju adidas yg lg cantik,nape xnak beli??

"ape kelas adidas beb,penyanyi muse pakai polo la" (contoh ayat gampang)

pastu dah beli baju polo,beli lagi baju polo..berapa helai kau nak ade baju polo??

ishhh aku x tau sampai bila..

cinta

ada org ckp cinta tu buta..yang aku tau cinta mmg xde mata..cinta ni ape??
nape aku tulis pasal cinta??
maybe sebab aku pun seorang pencinta wanita dalam dunia..
cinta mmg banyak pengorbanan..bukan nak jiwang tapi kenyataan..
cinta banyak guna wang..cinta banyak maksiat..cinta banyak habis mase..
cinta menyakitkan time gaduh tapi best time baik2..
aku pun pelik nape rase cinta timbul bila kita da besar mcm ni..
kan ku serahkan segala kepadamu (lirik lagu senyuman ragamu)
bila bercinta kena serah sume ke??
kalau mcm tu, mesti aku xde moto gi kelas sebab da 'serahkan' kat awek aku..
mesti aku xde duit nak gi makan nasik cowboy sbb da 'serahkan' sume kat awek aku..
ahh,cinta mmg indah..
tapi berhati2 dgn cinta..
nanti jadi cinta 3 segi mcm lagu saleem..
ada apa dgn cinta??
ada engkau la sebab mak kau cintakan bapak kau..
kalau x mesti kau dah x de..
haaa...tu la kebaikan cinta aku rase..
bila ada cinta, ada kau, kau bace blog aku, aku suke..
thanks cinta..

harap maaf kepada semua *peminat aku

aku sudah kembali memblogkan diri aku..harap maaf kpd semua *peminat kerana anda terpaksa menunggu lama untuk melayari blog aku..aku sebenarnya bukan lari membawa diri, cuma aku terpaksa mendelete blog aku sebelum ni atas sebab2 x dpt di elakkan.

kini, setelah sekian lama menyepi akhirnya aku KEMBALI..mcm butterfingers jgk la..di harap anda semua tidak melepaskan peluang untuk kembali melayari blog ini dan meninggalkan komen..

harap kamu semua enjoy ya!!

*aku peduli hape..