Sabtu, 18 April 2009

Aku sudah mempunyai pengikut

hahaha the only one pengikut aku sekarang ialah SITI MAZLINA MAT ZAIN.
dia classmate aku dari darjah 2 sampai darjah 6..
oleh kerana dia telah menjadi pengikut aku sekarang, biar aku terangkan sedikit yang aku tau mengenai beliau.

AL-KISAH, BELIAU :-

-seorang perempuan.
-dipanggil dengan nama McNa.
-seorang pengawas semasa sekolah rendah
-pernah bergaduh ngan aku mase darjah 6 rasenya. sebab aku bergurau sepak kaki beliau dan aku TERsepak dgn kuat dan beliau menangis.
-ialah best student time aku skolah rendah.
-datang ke sekolah dengan menaiki kereta.
-mempunyai adik lelaki sebaya dgn adik aku
-belajar di sekolah sains pasir puteh semasa di sekolah menengah.
-pernah berpakat dengan aku untuk membuat reunion tetapi tak berjaya.
-pernah bercinta beberapa kali.
-pernah memiliki teman lelaki bernama azrul.
-menjadikan aku tempat menceritakan masalah dengan azrul.
-pernah menyuruh aku membuat blog tentang kisah cinta beliau.
-nyaris terpegang seekor lipan bara yang besar di tali tangki simbah di toilet rumahnya.
-tinggal di kampung chat harimau di tanah merah kelantan.

Rabu, 1 April 2009

Aku Rindukan 20 tahun yang Lepas

aku rindukan mase kecik aku..
aku ade pelbagai mainan..aku makan ais krim dan satay ikan..
aku naik basikal roda 3..
aku dapat duit kalau puasa penuh..
aku pergi mengaji Quran..
aku melastik burung..
aku berebut main buaian kat taman asuhan kanak2..
aku ada seorang pengasuh hebat yang ketiak beliau berbau kurang menyenangkan..(tapi aku tidak pandai menilai bau ketika itu, mak aku yang bagitau) dan aku selalu tidur dengan beliau.dem!!
aku tidur bersama ibubapaku kadang2..
aku balik ke kampung dan pergi memancing..
kampung aku masa kecik best sgt, x sama ngan skarang..
aku ke klinik gigi bersama ayahku.. selepas itu ke tasik untuk makan ais krim..
aku berbogel selepas mandi..
kami menunggang kereta 1 keluarga..(sekarang dah x muat)
aku pergi sekolah dan berjumpa *daniel anak lelaki danapalan..
aku minum susu kotak semasa RMT sekolah rendah.. (belasah orang punya)
aku tinggal dengan nenek aku semasa ibubapa pergi ke Mekah..
aku belajar bawak moto dan kantoi dengan bapaku lalu aku di rotan..

aku mahu laci doraemon supaya dapat ke masa silam..

*daniel anak lelaki danapalan ialah salah seorang budak kelas aku masa darjah 2 dan beliau anak kepada tokey kedai runcit di hadapan Sekolah Rendah Sultan Ibrahim 3, Pasir Mas.. kalaulah aku dapat berjumpa daniel sekarang ni.. aku kagum sebab masa tu beliau pandai lukis dinasor..