aku rindukan mase kecik aku..
aku ade pelbagai mainan..aku makan ais krim dan satay ikan..
aku naik basikal roda 3..
aku dapat duit kalau puasa penuh..
aku pergi mengaji Quran..
aku melastik burung..
aku berebut main buaian kat taman asuhan kanak2..
aku ada seorang pengasuh hebat yang ketiak beliau berbau kurang menyenangkan..(tapi aku tidak pandai menilai bau ketika itu, mak aku yang bagitau) dan aku selalu tidur dengan beliau.dem!!
aku tidur bersama ibubapaku kadang2..
aku balik ke kampung dan pergi memancing..
kampung aku masa kecik best sgt, x sama ngan skarang..
aku ke klinik gigi bersama ayahku.. selepas itu ke tasik untuk makan ais krim..
aku berbogel selepas mandi..
kami menunggang kereta 1 keluarga..(sekarang dah x muat)
aku pergi sekolah dan berjumpa *daniel anak lelaki danapalan..
aku minum susu kotak semasa RMT sekolah rendah.. (belasah orang punya)
aku tinggal dengan nenek aku semasa ibubapa pergi ke Mekah..
aku belajar bawak moto dan kantoi dengan bapaku lalu aku di rotan..
aku mahu laci doraemon supaya dapat ke masa silam..
*daniel anak lelaki danapalan ialah salah seorang budak kelas aku masa darjah 2 dan beliau anak kepada tokey kedai runcit di hadapan Sekolah Rendah Sultan Ibrahim 3, Pasir Mas.. kalaulah aku dapat berjumpa daniel sekarang ni.. aku kagum sebab masa tu beliau pandai lukis dinasor..
4 ulasan:
huhu...good long-termed memory...keep it up....hahhaaa
banyok lagi hok x ingat tu..hehe
saing mu namo anand bodo. daniel tu saing aku!!
hahaha tukar cik...
patut aku sero pelik..
hahaha
Catat Ulasan