Isnin, 27 Julai 2015

Tahun 2015, gua dah jadi Haris Hakim

Dah lama rupanya gua tak update blog gua ni. Kalau almari, gua rasa dah penuh sarang labah labah. Nasib baik labah labah tak boleh masuk dalam blog buat sarang.

Tahun ni, dah tahun 2015 rupanya. Pejam celik pejam celik, sekejap je setahun. Gua punya skill penulisan pon rasanya dah semakin berkurangan. Maklumlah, sekarang dah tak ada masa sangat nak layan typing ni. Kalau ada pon, typing dalam whatsapp je.

Ok lah, gua belanja sedikit kisah hidup gua dua tiga tahun kebelakangan ni. 

Hari tu gua ada pergi kerja sebagai penjawab talifon kat pejabat MAS, Subang. Pehhh dia punya stress tak boleh cakap. Lu masuk je kerja, duduk, terus ada call masuk. Call pulak kalau setakat tanya khabar gua, takde lah gua kisah sangat. Masalahnya call mesti ada masalah pasal tiket penerbangan. Nak tukar tarikh, nak tukar destinasi, nak tambah makan, nak tambah kerusi roda, nak tambah infant bucket, haishh macam macam masalah gua cakap lu. Tambah lagi stress, yang call bukan dari Malaysia sahaja, seluruh dunia call. Dari Uganda, dari Amerika, dari Nigeria, dari Nepal, hah dari pelbagai jenis orang yang gunakan perkhidmatan MAS. Dah la gua ni bahasa inggeris tak berapa hebat, diorang tambah pulak dengan slank yang macam bahasa perancis. Terus gua rasa nak gigit microfon yang sambung dengan headphone tu. 

Sebulan gua kerja sebagai kastemer serbis kat situ, cukup sebulan. Gua pon terus berhenti. Itu pon dalam sebulan tu, ada lah 2,3 puluh kali jugak gua nak letak jawatan. Kehkehkeh. Mana tak angin, lu pergi kencing pon masa berjalan. Lu pergi hisap rokok pon, masa berjalan. Gua ingat nak berhenti kerja, balik kampung menganggur balik. Tapi Alhamdulillah, tiba tiba member gua offer gua kerja kat company dia, buat event. Gua memang suka event event ni. Gua terus setuju tanpa usul periksa.

Gua pun kerja event, jadi marketing manager terus. Tapi nama je manager, gaji gua ciput je. Tak nak lah gua bagitahu kat sini, nanti lu orang gelak pulak sambil baca ni. Tapi, walau gaji kecik, gua enjoy kerja. Setup stage, setup backline, setup sound system, setup jamming. Gua memang suka kerja macam tu. Kerja yang lalai, mak gua cakap. Betul lah orang kata, kalau mak kita tak suka, takkan tahan lama. Nak dijadikan cerita, rupanya kerja yang gua suka ni, ada masalah antara staf dan bos. Lagipun, bos gua ni membe gua je. Dekat setahun jugak gua kerja event, akhirnya gua ambil langkah drastik, buat surat berhenti kerja, balik rumah kemas baju, start kereta viva gua, terus pulang ke kampung.

Di kampung, ada suatu cerita lain pula. Hari tu masa gua tengah kerja event, ada lah seorang mak sepupu gua tawarkan kerja sebagai ejen insurans. Tapi gua tak layankan sangat. Sedangkan orang insurans call gua pon, gua buat buat telefon rosak, inikan pula gua nak jadi ejen insurans. Tapi kuasa Allah ni hebat. Bila gua kat kampung, menganggur tiada halatuju, gua terus bersetuju untuk jadi ejen insurans. Gua pergi kelas. Gua amek exam 2 kali sebab first time tak lulus, gua bercampur dengan orang orang insurans, tapi yang lagi hebat, grup insurans gua bukan kejar kekayaan semata mata. Mereka juga sangat menitikberatkan soal agama islam dalam kehidupan kerja seharian. 7 bulan gua jadi ejen insurans. Pelbagai orang gua jumpa. Kebanyakannya rasa benda ni takde faedah. Tak apa lah, gua tak paksa. Lu orang dah besar, pikirlah sendiri.

Akhirnya, suatu hari, semasa gua tengah drive nak pergi cari mangsa untuk beli insurans gua, mak gua call.

"hello, dok mano tu? balik la. balik tengok mu buleh surat taware kijo risda ni!!" kata mak gua bersungguh betul. Memang mak gua hepi betul, sampai nak sembelih kambing kalau gua dapat kerja risda ni.

"hah? jolo ko? jawate gapo dio?" gua bertanya sambil memikirkan ini adalah berita baik atau buruk sebenarnya?

Gua pon balik rumah, tengok surat tu. Memang betul, gua dapat tawaran jadi penolong pegawai risda. Tapi dekat Sabah!! Pejabat Risda Sabah!! Gua terus rasa gundah gulana. Mana tak nya, gua sekarang dalam cita cita jadi ejen insurans berjaya. Lagipun, time tu gua memang dah enjoy jadi ejen ni. Mana tak nya, masa kerja flexible, duduk rumah boleh jaga mak ayah gua. Ada kawan kawan yang hebat. Client pon dah bertambah ramai. Tapi dalam masa yang sama, gua tak boleh lawan kehendak mak gua, kehendak mak gua yang mana sangat sangat meng inginkan gua jadi pegawai kerajaan, kerja tetap, gaji tetap, dan yang paling penting mewarisi bapak gua, kerja RISDA. Gua tak mampu melawan, tak mampu berkata tidak. Gua terpaksa terima kerja itu, walau dalam hati, mahu saja gua koyak koyak surat tawaran tu.

Hari ini, 28hb Julai 2015, gua berada dalam bilik gua, di Pejabat RISDA Kota Kinabalu, sebagai Encik Haris Hakim bin Abdul Rahim. Dah dekat 8 bulan gua kerja kat sini rupanya.

Pasti ada hikmahnya.