Isnin, 8 Disember 2008

kenapa begini??

duit begitu penting dalam kehidupan kita seharian. tanpa duit manusia akan menjadi x tentu hala. mmg duit bukan segalanya. duit x leh beli kesihatan. duit x leh beli kebahagiaan rumahtangga. tapi duit boleh beli rumah dan tangga.

tiap2 hari manusia bangun tido dan mencari duit. maksud aku bukan cari duit kat bawah karpet atau kat bawah kusyen sofa, tapi gi kerja la. diorang cari duit la tu. penting ke duit??

aku rase penting. kalau x penting mesti mak aku x suruh aku blaja pandai2 sampai masuk U. mak aku buat sume tu nak suruh aku bijak, pastu dapat keje best, pastu dapat gaji besar. maknanya mak aku buat sume tu sebab nak suruh aku banyak duit la bile besar nanti.

duit berbeza kalau kat kelantan n kat KL. bukan matawang yang berbeza. RM10 kat kelantan pun kaler merah jugak. sama je. maksud aku berbeza dari kelajuan. kelajuan untuk habis.

kalau korang ada RM300 kat KL ape yang korang bleh buat? serius aku ckp RM300 kat KL kejap je. tapi kalau kat kelantan, maybe bleh sampai sebulan. kenapa duit jadi begitu penting?

kalau kat KL bangun pagi makan kedai mamak RM5 + air RM1.80 + rokok RM6.50
kalau kat kelantan bangun pagi makan kedai kopi RM3 + air RM1 + rokok 60sen (bleh beli sebatang)

kalau nak gi jalan2 kat KL kena isi minyak kete, kena bayar tol, kena bayar parking. cuba ko jalan2 kat kelantan. mane ade tol, parking pon free je kat KB mall. kalau korang x caye cuba la pegi.

aku bukan nak bandingkan pape sebenarnya. aku cuma kesian kat penghuni dunia. diorang dah x de mase untuk bersama anak2 dan isteri mereka yang tercinta. bangun tido, mandi solat n terus pergi kerja. kalau lambat nanti jalan sesak plak. balik keje petang kang jalan sesak lagi. dah la penat ngan keje. sampai je rumah penat gila. mandi n tido. besok pon sama la. bila mereka nak luangkan masa main2 ngan anak mereka??

tapi tu memang kehidupan. semua orang pon mcm tu. aku pon x leh nak buat ape. bile aku keje nanti pon maybe mcm tu jugak. tu sume duit punya pasal.

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.