Gua kat rumah. Baru balik holawest. Perasaan sedikit kacau
2,3 hari ini. Dengan pelbagai cerita kurang enak tentang orang sekeliling gua. Tentang
perasaan gua sendiri yang masih tidak tenang sejak 2,3 bulan yang lepas. Tentang
masalah kewangan yang agak tidak stabil. Tentang masalah assignment tertangguh
yang masih belum selesai. Penat. Serius gua penat.
Tapi, gua kena kuatkan semangat. Life must go on. Mat salleh
kata macam tu. Gua try lupakan semuanya. Gua try buat buat gembira. Gua try
lepak dan berborak dengan member member gua. Ya, gua berjaya. Tapi cuma sekejap
saja. Kalau gua sorang sorang, masalah masalah itu datang menghimpit kembali. Betul,
gua percaya orang cakap, masalah mematangkan kita. Tapi gua sudah penat nak
matang banyak kali.
Tentang masalah masalah itu semua, sebenarnya bukan masalah
yang sangat besar pun. Lagipun, gua rasa, gua boleh je handle semua tu. Gua kena
professional.
Ok gua tukar topik, semalam gua pergi kuantan, masuk
pertandingan CLASH OF THE BAND anjuran sajimee. Band gua memang kena bawak lagu
sajimee. Lirik dia lebih kurang macam ni “Sajimee jenama mee segera, untuk
mereka yang bijak sanaaaa” haha. Gua tak tau nak tulis apa sebenarnya.
Gua rasa nak buat gua punya research tapi gua tak reti. Banyak
masa gua terluang begitu saja. Tanpa kawan kawan kelas gua, mungkin gua bukan
kat Dungun lagi sekarang ni. Mungkin gua sekarang tengah berpeluh, mengerah
tenaga empat kerat membanting tulang menjadi buruh, atau nelayan. Mungkin. Terima
kasih kepada kawan kawan di Dungun yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung.
Life kat Dungun sekarang dah tak sama macam dulu. Dah tak
sama macam semester 3 dulu. Masa gua baru masuk degree hari tu, best gila gua rasa.
Kawan kawan, semua sporting, lepak, jamming, macam macam. Sekarang, semuanya
dah berubah. Tapi, manusia memang berubah. So, gua tak perlu pertikaikan semua
itu. Gua cuma perlu teruskan kehidupan gua sendiri.
Gua tengah dengar radio suria FM online. Rasa macam nak
muntah dengar kisah cinta orang. Gua terus terfikir, adakah orang lain juga
rasa sama bila dengar kisah cinta gua? Tapi cinta, cinta ni memang untuk romantis
dan sweet. Kalau tak romantis, bukan namanya cinta. Jadi gua telan balik muntah
gua. Sebab cinta itu memang begitu. 80% lagu lagu Malaysia pon berkaitan cinta.
Itu sudah memang lumrah. Kau, aku dan cinta. 3 perkataan tu pasti ada dalam
lirik lirik lagu Malaysia.
Tiba tiba gua rasa nak buat sebuah lagu. Untuk seseorang,
yang gua sayang, yang gua tengah rindu sekarang ni, yang gua tengah ingat semua
kenangan gua ngan dia. Tapi, gua bukan penulis lagu, gua tak tau macam mana nak
buat ayat ayat jiwang, nak susun bahasa supaya menjadi sebuah lagu. Kalau suatu
hari nanti, gua pandai buat lagu, gua pasti akan guna nama beliau untuk tajuk
lagu gua. Dan lirik lagu gua pasti akan buatkan beliau mengalirkan air mata. Tapi,
masa tu, mungkin beliau tengah ada sebelah gua, atas katil dalam rumah gua,
sebagai isteri gua yang sah, atau beliau ada kat ruang legar, bersama orang
lain sebagai suami beliau. Manalah gua tau. Itu semua masa hadapan.
Selepas sebatang rokok habis kat mulut gua, gua pasang lagi
sebatang. Sambil menulis blog ini sekarang, gua juga tengah cari idea untuk
research gua, sambil dengar suria FM, sambil chat dengan kawan kawan gua kat
facebook.
Dalam kepala gua sekarang, ada suatu cerita, yang gua tak
berdaya untuk karang. Gua cuma save dalam otak. Kalau gua boleh karang pon,
mungkin gua simpan kat hard disk je. Cerita yang tak akan ada penghujungnya gua
rasa. Cerita yang tak akan hilang dalam ingatan gua. Tapi mungkin juga akan
hilang suatu hari nanti. Gua pon tak tahu. Sekarang dah pukul 2.09 pagi. Gua masih
tak boleh tidur. Besok mesti gua liat nak bangun pagi. Dah la kelas pukul 8
pagi.
Sebenarnya, gua sekarang perlukan seorang teman istimewa. Tapi
gua pun musykil, untuk apa teman istimewa sebenarnya? Adakah setakat untuk
berpegang tangan, atau sms “I love U” sebelum tidur, atau bertanya “hai, awak
buat ape, dah tido?” sampai sekarang gua tak tau kenapa semua orang nak ada
kekasih hati. Dan gua yang pernah ada kekasih suatu ketika dulu pun, belum
mendapat jawapan, mengapa semua orang bercinta. Untuk apa dan bagaimana untuk
menggunakan cinta dengan sebaiknya. Yang gua tau, bila dah ada pasangan, hati
akan mula merasa bahagia, walaupun kadang kadang terguris dengan benda bodoh
yang berlaku antara mereka. Pergaduhan boleh berlaku walau hanya dengan
kejadian lambat membalas SMS. Ohh demm, sangat bodoh gua rasa. Walaupun gua
pernah lalui semuanya dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan