Rabu, 14 November 2012

Saya, Dungun dan Ibubapa

Salam Maal Hijrah dari saya, seorang pelajar semester 6 jurusan Pengurusan Sistem Pejabat.


Bila tiba saja hari malam, bila tiba saja masa untuk tidur, gua mesti akan membakar lingkaran nyamuk perisa fumakilla. Gua pun tak pasti Malek Noor jadi model untuk perisa apa. Tapi yang pasti, kebanyakan iklan ubat nyamuk akan menggunakan model orang bina badan yang taf lagi badan berketul-ketul. Gua pun tak tau ape kaitan nyamuk dan badan berketul-ketul.

Selesai saja membakar ubat nyamuk dan meletakkan dibawah katil gua, gua akan menutup lampu, seraya terjun ke atas katil. Selepas itu, bermulalah gua punya imaginasi, mengingat kenangan lama, muhasabah diri, merindui awek, memikirkan esaimen dan mengingati kedua ibubapa. Sambil tangan memegang henpon bermain permainan video.

Sebelum gua terlelap, gua pernah terfikir. Bagaimana kehidupan seorang pelajar yang sebenar? Adakah dengan cara bangun pagi, tidak tidur selepas solat subuh, memakan sandwich sebagai breakfast, meminum horlick, pergi ke kuliah, menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, selalu mengangkat tangan bila lecturer bertanya soalan, pergi library selepas kelas, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan? Gua tidak buat semua itu. Gua bukan pelakon cerekarama. Gua anggap itu semua lakonan dalam drama Kisah Benar saja.

Gua switch fikiran gua.

Gua terfikir, bagaimana kehidupan seorang anak orang miskin, maksud gua, orang yang sangat miskin. Gua bersyukur, walau gua anak orang biasa-biasa, ibubapa gua tak pernah lagi putus semangat untuk mengirim wang setiap bulan. Itu pun tidak cukup, gua terpaksa buat side income lain. Tetapi bukan dengan menjual dadah. Lu sume memang takleh pikir lain ke?

Berbalik kepada perenggan kelima tadi, sesungguhnya makanan kat Dungun ni bukanlah mahal sangat jika nak bandingkan dengan Kelantan, tempat gua menetap. Harganya lebih kurang sama. Tapi, disebabkan gua tinggal kat rumah sewa yang tiada dapur gas, pagi petang siang malam gua perlu makan kat kedai.

Setiap hari, gua rasa lebih kurang RM20++ juga penggunaan duit sebagai seorang pelajar. Tambah-tambah seorang perokok tegar macam gua. Bayangkan:

Makan pagi
Roti cotek telo joget (roti tampal telur bergoyang separuh masak) + teh panas = RM3.50
Makan tengahari
Nasik + lauk ayam + sayur + teh o beng = RM6
Makan petang kedai pendekar
Keropok + goreng pisang + teh o = RM3
Makan malam
Nasik goreng + telur dadar + teh o beng = RM5
Makan asap
Rokok Pall Mall Hijau = RM8.70

Lu tengok sendiri, lu tengok sendiri. Tu pun dah dekat RM25. Gua tau, mesti lu nak cakap, berenti la rokok, selesai masalah. Kawan gua yang tak hisap rokok pun, dia punya habis duit lebih kurang sama je. Apesal? Itu nasib baik gua single, topup tak payah sangat. Dengan duit rumah sewa setiap 5hb, duit bil air, api dan streamyx lagi. Mana gua dapat?

Memang duit gua tak penah cukup. Tambah pula rokok semakin naik harga. Bagi orang-orang kaya, mungkin tak pernah terfikir kot pasal ni. Tapi bagi gua, gua selalu juga fikir. Kalau nak kira, dalam sebulan tu gua perlu habiskan RM750. Gua seorang pelajar, bukan pekerja kerajaan yang bergaji tetap. Dari mana gua cekau duit tu setiap bulan. Gua pun pelik, walaupun jumlah itu jauh lebih bezanya dari pendapatan sebenar bapak gua kirim, tapi gua tetap hidup, dengan mendapat makanan yang cukup, serta rokok yang tak pernah putus.

Gua switch lagi fikiran gua.

Gua pun rasa mengantuk. Begitulah cerita bila gua berada di katil sambil menunggu masa untuk lelap.

Gua harap, ibubapa gua paham, sekarang tahun 2012, semua barang naik harga dan mahal-mahal belaka. Tak sama macam tahun 1960 dulu.

Tiada ulasan: