Isnin, 29 Ogos 2011

Gerimis Mengundang #3

Tarikh : 25 Ramadhan 2011
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Gua tengah bersiap-siap di rumah sewa. Mengemas semua baju, seluar, selimut, dan sarung bantal. Itu saja yang gua akan bawa pulang ke Tanah Merah. Hari ini last day gua kerja, sebelum hari raya. Lebih kurang pukul 6 petang, gua bertolak pulang, menaiki kereta, keseorangan, di temani lagu-lagu yang telah di transfer ke dalam pendrive. Gua baca doa menaiki kenderaan, dan terus meluncur laju di atas jalan raya.

Sampai di Kuala Terengganu, gua singgah di McD, pandu lalu untuk membeli juadah berbuka. Gua tapau GCB, air berkarbonat dan kentang. Gua berbuka dalam kereta. Dan terus berlalu menuju kampung halaman.
Sampai saja di rumah, gua salam dengan mak gua. Selepas berborak sebentar, mak gua bertanya pasal bekas awek gua. Sepanjang bulan puasa, gua tak pernah pula menelefon ibu beliau. Gua jawab pertanyaan mak gua. “hmm bulan puasa ni tak pernah call mak dia..” mak gua dengan selamba berkata “mungkin dia (bekas awek gua) dah sihat kot sekarang ni..” gua terus capai henset dalam beg gua. Gua dail nombor ibu beliau. Panggilan gua di jawab.

“hello makcik, apa khabar, tengah buat apa??” macam biasa, dalam loghat Kelantan ibunya menjawab selamba “sihat je..ni dalam kereta, baru balik niaga, nora pun ada ni..” gua macam pelik. Sebelum ini, ibunya sudah lama tidak pergi berniaga, sejak beliau jatuh sakit hari tu, sejak enam bulan lepas lebih kurang. Gua bertanya lagi, untuk mendapat kepastian. “hmm, dah boleh pergi niaga?? Bawak nora sekali ke?? Dia dah sihat??” gua bertanya secara direct tanpa koma.

Ibunya semacam sangat teruja menjawab “haa’aa..dia dah sihat macam biasa..alhamdulillah..nak cakap dengan dia??” tanya ibunya. Gua mengiakan sahaja.

“hello..” gua dengar suara beliau, suara yang sudah lebih kurang enam bulan gua tak dengar. “hello, apa khabar?” gua tanya. “khabar baik.” Gua tanya tiga patah, dia jawab dua patah. Gua terkejut. Beliau dah normal. Walaupun terkejut, gua sangat bersyukur pada Tuhan. Kami berborak, tapi dalam nada yang agak serius, mungkin kerana sudah lama tidak berborak, mungkin rasa kekok. Beliau kurang bertanya. Cuma mengharapkan pertanyaan dari gua. Gua tanya dia sihat ke tidak, beliau jawab yang dia tak pernah sakit. Betul tekaan mak gua tadi. Dia dah sihat, normal macam biasa. Masin mulut mak gua.
“besok ada kat rumah tak? Mama saya nak pergi melawat awak..” gua tanya soalan last. Beliau jawab “ada”..
……………………………………………….
Macam biasa, lepas sahur, gua solat subuh, dan terus tidur. Gua bangun dalam pukul 1 setengah kot. Itu pun setelah di bebel oleh mak gua. Kerana sudah lambat untuk ke masjid. Hari ini hari jumaat. Gua orang laki mesti kena pergi solat jumaat. Gua mandi, siap-siap untuk ke masjid. Orang tengah baca khutbah, gua tertidur kejap.

Balik dari masjid, gua balik rumah. Gua siap-siap, ingin pergi ke rumah beliau, seperti yang telah di janjikan semalam. Gua call membe gua, mat. “mat, jom la datang rumah aku, cakap nak ikut pegi melawat nora”. Mat juga adalah kawan kepada beliau.

Sampai rumah beliau, gua biarkan mak gua jalan depan. Gua takut, malu dan nerves. Selepas di pelawa oleh ibunya, yang sudah menanti di pintu rumah, kami bertiga masuk. Dan beliau seperti enam bulan lepas. Normal. Mekap. Berpakaian lengkap. Menutup aurat. Dan senyum. Gua balas senyuman itu, tapi senyuman gua tidak indah, sebab gua buat-buat. Gua duduk. Senyap. Beliau duduk sebelah gua. Juga senyap. Gua biarkan mak gua berborak dengan ibunya. Gua masih senyap. Dan beliau juga masih senyap. Sesekali gua melihat muka beliau. 5,6 minit juga kami senyap. Gua mulakan perbualan, dengan nada yang agak kekok.

“apa khabar?” gua tanya..
“sihat..” beliau jawab..

Mak gua rancak berbual dengan ibunya, sesekali memandang kami..
Gua teruskan perbualan. Banyak yang gua tanya. Tetapi semua soalan gua mahu menitiskan air mata. Kerana soalan itu tentang 6 bulan yang lepas. Gua tanya kenapa jadi begitu. Beliau tanya bila masa. Ternyata, beliau sedikit pun tidak ingat tentang situasi yang terjadi bermula enam bulan yang lepas. Beliau tidak tahu kenapa. Mukanya juga agak buntu walaupun sesekali tersenyum.

Tiba-tiba, satu soalan yang agak susah untuk di jawab, keluar dari mulutnya. “hmmm kapel dengan siapa sekarang ni?” gua terkedu. Seminit juga gua berfikir. “hmm tak..tak kapel dengan siapa-siapa..” jawab gua dengan ayat yang tersusun rapi. “kita kapel lagi ke?” lagi dia mahu tanya untuk mendapat kepastian, setelah enam bulan di alam lain, alam yang penuh misteri. Gua terkedu lagi. Terdiam. Dan memang gua tak tau nak jawab macam mana. Soalan ini, gua ambil masa yang agak lama untuk jawab. Dalam fikiran gua, terkenang kembali apa yang terjadi enam bulan yang lalu. Air mata yang gua tahan tadi, nampaknya macam nak mengalir. Gua tahan. Malu dengan mak gua, dan member gua. Gua dongak kepala ke atas, buat-buat tengok kipas. Padahal gua nak suruh air mata gua masuk balik dalam kelopak mata gua.

“hmm kita kan dah putus.. Awak ingat tak yang awak dah mintak putus hari tu..Masa tu 29hb Februari. Awak kol saya malam tu, cakap nak kahwin dengan khairul. Awak nak putuskan hubungan kita. Saya tanya kenapa, awak jawab sebab awak ni perempuan liar, awak orang miskin, tuhan dah makbulkan doa awak nak kawin umur 23, awak cakap saya tak sayang awak lagi, awak tak layak untuk saya. Awak ingat tak? Awak ingat tak?” gua jawab pertanyaan beliau. Sambil air mata gua mengalir. Damn. Mengalir juga akhirnya. Macam mana gua boleh tak perasan ni..

Tapi beliau kental. Air matanya langsung tak tumpah. Tapi gua tahu, dalam hati beliau sedang menangis.
Walaupun tidak secara fizikal. Dengan penuh keyakinan dia jawab “bila masa saya mintak putus? Bila masa kita putus? Saya tak ingat pun..”

Ternyata, selama lebih kurang enam bulan lepas, beliau di alam lain. Mungkin alam jin. Mungkin iblis sudah masuk dan mengawal jasadnya. Mungkin juga beliau lupa ingatan masa tu. Gua percaya, mungkin ini ada kaitan dengan iblis, jin atau apa-apa yang berkaitan dengan makhluk halus. Jika tidak, mana mungkin dia boleh pulih setelah ramadhan menjelang. Setelah masuk bulan ramadhan, pada hari pertama ramadhan, beliau boleh elok sepenuhnya.

Kami berborak lagi. Entah apa lagi yang gua tanya. Gua pun lupa. Beliau pun banyak juga bertanya. Gua jawab, dengan harapan jawapan dan soalan itu dalam bentuk situasi menang-menang.
Sebelum balik, kerana mak gua ingin memasak untuk berbuka puasa, gua sempat bagitau dia “hmm kalau ada jodoh, kita akan jumpa lagi..” mungkin itu kali terakhir gua akan berjumpa dengan beliau. Siapa tahu. Semuanya takdir.

Kitorang masuk kereta. Sebelum masuk tadi, gua sempat senyum yang di buat-buat untuk beliau, yang melihat dari celah-celah tingkap rumahnya. Gua nampak sepasang mata, yang merenung tajam ke arah gua, mata yang sangat sedih, tetapi pandai menyembunyikan kesedihan itu. Gua masuk gear reverse. Kereta gua semakin jauh dari rumah beliau. Tapi gua nampak, mata yang di celah-celah itu tidak berkelip, memandang kami yang semakin jauh, dan terus hilang dari pandangannya. Selamat tinggal.
Cerita ini bukan rekaan. Ia adalah kehidupan. Terimalah. Walaupun jalan ceritanya seperti cerekarama. Bersyukurlah. Kerana dia sudah pulih sepenuhnya. 1769 hari cinta.

1 ulasan:

Huda Yusof berkata...

alhamdulillah...kuasa Allah, pokteh...mgkin masih ade sinar di situ...:)
*suka ikot perjalanan cerita cinta yg tragis ni...