Rabu, 14 November 2012

Saya, Dungun dan Ibubapa

Salam Maal Hijrah dari saya, seorang pelajar semester 6 jurusan Pengurusan Sistem Pejabat.


Bila tiba saja hari malam, bila tiba saja masa untuk tidur, gua mesti akan membakar lingkaran nyamuk perisa fumakilla. Gua pun tak pasti Malek Noor jadi model untuk perisa apa. Tapi yang pasti, kebanyakan iklan ubat nyamuk akan menggunakan model orang bina badan yang taf lagi badan berketul-ketul. Gua pun tak tau ape kaitan nyamuk dan badan berketul-ketul.

Selesai saja membakar ubat nyamuk dan meletakkan dibawah katil gua, gua akan menutup lampu, seraya terjun ke atas katil. Selepas itu, bermulalah gua punya imaginasi, mengingat kenangan lama, muhasabah diri, merindui awek, memikirkan esaimen dan mengingati kedua ibubapa. Sambil tangan memegang henpon bermain permainan video.

Sebelum gua terlelap, gua pernah terfikir. Bagaimana kehidupan seorang pelajar yang sebenar? Adakah dengan cara bangun pagi, tidak tidur selepas solat subuh, memakan sandwich sebagai breakfast, meminum horlick, pergi ke kuliah, menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, selalu mengangkat tangan bila lecturer bertanya soalan, pergi library selepas kelas, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan? Gua tidak buat semua itu. Gua bukan pelakon cerekarama. Gua anggap itu semua lakonan dalam drama Kisah Benar saja.

Gua switch fikiran gua.

Gua terfikir, bagaimana kehidupan seorang anak orang miskin, maksud gua, orang yang sangat miskin. Gua bersyukur, walau gua anak orang biasa-biasa, ibubapa gua tak pernah lagi putus semangat untuk mengirim wang setiap bulan. Itu pun tidak cukup, gua terpaksa buat side income lain. Tetapi bukan dengan menjual dadah. Lu sume memang takleh pikir lain ke?

Berbalik kepada perenggan kelima tadi, sesungguhnya makanan kat Dungun ni bukanlah mahal sangat jika nak bandingkan dengan Kelantan, tempat gua menetap. Harganya lebih kurang sama. Tapi, disebabkan gua tinggal kat rumah sewa yang tiada dapur gas, pagi petang siang malam gua perlu makan kat kedai.

Setiap hari, gua rasa lebih kurang RM20++ juga penggunaan duit sebagai seorang pelajar. Tambah-tambah seorang perokok tegar macam gua. Bayangkan:

Makan pagi
Roti cotek telo joget (roti tampal telur bergoyang separuh masak) + teh panas = RM3.50
Makan tengahari
Nasik + lauk ayam + sayur + teh o beng = RM6
Makan petang kedai pendekar
Keropok + goreng pisang + teh o = RM3
Makan malam
Nasik goreng + telur dadar + teh o beng = RM5
Makan asap
Rokok Pall Mall Hijau = RM8.70

Lu tengok sendiri, lu tengok sendiri. Tu pun dah dekat RM25. Gua tau, mesti lu nak cakap, berenti la rokok, selesai masalah. Kawan gua yang tak hisap rokok pun, dia punya habis duit lebih kurang sama je. Apesal? Itu nasib baik gua single, topup tak payah sangat. Dengan duit rumah sewa setiap 5hb, duit bil air, api dan streamyx lagi. Mana gua dapat?

Memang duit gua tak penah cukup. Tambah pula rokok semakin naik harga. Bagi orang-orang kaya, mungkin tak pernah terfikir kot pasal ni. Tapi bagi gua, gua selalu juga fikir. Kalau nak kira, dalam sebulan tu gua perlu habiskan RM750. Gua seorang pelajar, bukan pekerja kerajaan yang bergaji tetap. Dari mana gua cekau duit tu setiap bulan. Gua pun pelik, walaupun jumlah itu jauh lebih bezanya dari pendapatan sebenar bapak gua kirim, tapi gua tetap hidup, dengan mendapat makanan yang cukup, serta rokok yang tak pernah putus.

Gua switch lagi fikiran gua.

Gua pun rasa mengantuk. Begitulah cerita bila gua berada di katil sambil menunggu masa untuk lelap.

Gua harap, ibubapa gua paham, sekarang tahun 2012, semua barang naik harga dan mahal-mahal belaka. Tak sama macam tahun 1960 dulu.

Ahad, 4 November 2012

MASALAH

Gua kat rumah. Baru balik holawest. Perasaan sedikit kacau 2,3 hari ini. Dengan pelbagai cerita kurang enak tentang orang sekeliling gua. Tentang perasaan gua sendiri yang masih tidak tenang sejak 2,3 bulan yang lepas. Tentang masalah kewangan yang agak tidak stabil. Tentang masalah assignment tertangguh yang masih belum selesai. Penat. Serius gua penat.

Tapi, gua kena kuatkan semangat. Life must go on. Mat salleh kata macam tu. Gua try lupakan semuanya. Gua try buat buat gembira. Gua try lepak dan berborak dengan member member gua. Ya, gua berjaya. Tapi cuma sekejap saja. Kalau gua sorang sorang, masalah masalah itu datang menghimpit kembali. Betul, gua percaya orang cakap, masalah mematangkan kita. Tapi gua sudah penat nak matang banyak kali.

Tentang masalah masalah itu semua, sebenarnya bukan masalah yang sangat besar pun. Lagipun, gua rasa, gua boleh je handle semua tu. Gua kena professional.

Ok gua tukar topik, semalam gua pergi kuantan, masuk pertandingan CLASH OF THE BAND anjuran sajimee. Band gua memang kena bawak lagu sajimee. Lirik dia lebih kurang macam ni “Sajimee jenama mee segera, untuk mereka yang bijak sanaaaa” haha. Gua tak tau nak tulis apa sebenarnya.

Gua rasa nak buat gua punya research tapi gua tak reti. Banyak masa gua terluang begitu saja. Tanpa kawan kawan kelas gua, mungkin gua bukan kat Dungun lagi sekarang ni. Mungkin gua sekarang tengah berpeluh, mengerah tenaga empat kerat membanting tulang menjadi buruh, atau nelayan. Mungkin. Terima kasih kepada kawan kawan di Dungun yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Life kat Dungun sekarang dah tak sama macam dulu. Dah tak sama macam semester 3 dulu. Masa gua baru masuk degree hari tu, best gila gua rasa. Kawan kawan, semua sporting, lepak, jamming, macam macam. Sekarang, semuanya dah berubah. Tapi, manusia memang berubah. So, gua tak perlu pertikaikan semua itu. Gua cuma perlu teruskan kehidupan gua sendiri.

Gua tengah dengar radio suria FM online. Rasa macam nak muntah dengar kisah cinta orang. Gua terus terfikir, adakah orang lain juga rasa sama bila dengar kisah cinta gua? Tapi cinta, cinta ni memang untuk romantis dan sweet. Kalau tak romantis, bukan namanya cinta. Jadi gua telan balik muntah gua. Sebab cinta itu memang begitu. 80% lagu lagu Malaysia pon berkaitan cinta. Itu sudah memang lumrah. Kau, aku dan cinta. 3 perkataan tu pasti ada dalam lirik lirik lagu Malaysia.

Tiba tiba gua rasa nak buat sebuah lagu. Untuk seseorang, yang gua sayang, yang gua tengah rindu sekarang ni, yang gua tengah ingat semua kenangan gua ngan dia. Tapi, gua bukan penulis lagu, gua tak tau macam mana nak buat ayat ayat jiwang, nak susun bahasa supaya menjadi sebuah lagu. Kalau suatu hari nanti, gua pandai buat lagu, gua pasti akan guna nama beliau untuk tajuk lagu gua. Dan lirik lagu gua pasti akan buatkan beliau mengalirkan air mata. Tapi, masa tu, mungkin beliau tengah ada sebelah gua, atas katil dalam rumah gua, sebagai isteri gua yang sah, atau beliau ada kat ruang legar, bersama orang lain sebagai suami beliau. Manalah gua tau. Itu semua masa hadapan.

Selepas sebatang rokok habis kat mulut gua, gua pasang lagi sebatang. Sambil menulis blog ini sekarang, gua juga tengah cari idea untuk research gua, sambil dengar suria FM, sambil chat dengan kawan kawan gua kat facebook.

Dalam kepala gua sekarang, ada suatu cerita, yang gua tak berdaya untuk karang. Gua cuma save dalam otak. Kalau gua boleh karang pon, mungkin gua simpan kat hard disk je. Cerita yang tak akan ada penghujungnya gua rasa. Cerita yang tak akan hilang dalam ingatan gua. Tapi mungkin juga akan hilang suatu hari nanti. Gua pon tak tahu. Sekarang dah pukul 2.09 pagi. Gua masih tak boleh tidur. Besok mesti gua liat nak bangun pagi. Dah la kelas pukul 8 pagi.

Sebenarnya, gua sekarang perlukan seorang teman istimewa. Tapi gua pun musykil, untuk apa teman istimewa sebenarnya? Adakah setakat untuk berpegang tangan, atau sms “I love U” sebelum tidur, atau bertanya “hai, awak buat ape, dah tido?” sampai sekarang gua tak tau kenapa semua orang nak ada kekasih hati. Dan gua yang pernah ada kekasih suatu ketika dulu pun, belum mendapat jawapan, mengapa semua orang bercinta. Untuk apa dan bagaimana untuk menggunakan cinta dengan sebaiknya. Yang gua tau, bila dah ada pasangan, hati akan mula merasa bahagia, walaupun kadang kadang terguris dengan benda bodoh yang berlaku antara mereka. Pergaduhan boleh berlaku walau hanya dengan kejadian lambat membalas SMS. Ohh demm, sangat bodoh gua rasa. Walaupun gua pernah lalui semuanya dulu.