Salam Maal Hijrah dari saya, seorang pelajar semester 6 jurusan Pengurusan Sistem Pejabat.
Bila tiba saja hari malam, bila tiba saja masa untuk tidur,
gua mesti akan membakar lingkaran nyamuk perisa fumakilla. Gua pun tak pasti
Malek Noor jadi model untuk perisa apa. Tapi yang pasti, kebanyakan iklan ubat
nyamuk akan menggunakan model orang bina badan yang taf lagi badan
berketul-ketul. Gua pun tak tau ape kaitan nyamuk dan badan berketul-ketul.
Selesai saja membakar ubat nyamuk dan meletakkan dibawah
katil gua, gua akan menutup lampu, seraya terjun ke atas katil. Selepas itu,
bermulalah gua punya imaginasi, mengingat kenangan lama, muhasabah diri,
merindui awek, memikirkan esaimen dan mengingati kedua ibubapa. Sambil tangan
memegang henpon bermain permainan video.
Sebelum gua terlelap, gua pernah terfikir. Bagaimana kehidupan
seorang pelajar yang sebenar? Adakah dengan cara bangun pagi, tidak tidur
selepas solat subuh, memakan sandwich sebagai breakfast, meminum horlick, pergi
ke kuliah, menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, selalu mengangkat tangan
bila lecturer bertanya soalan, pergi library selepas kelas, mengulang kaji
pelajaran dan membuat latihan? Gua tidak buat semua itu. Gua bukan pelakon
cerekarama. Gua anggap itu semua lakonan dalam drama Kisah Benar saja.
Gua switch fikiran gua.
Gua terfikir, bagaimana kehidupan seorang anak orang miskin,
maksud gua, orang yang sangat miskin. Gua bersyukur, walau gua anak orang
biasa-biasa, ibubapa gua tak pernah lagi putus semangat untuk mengirim wang
setiap bulan. Itu pun tidak cukup, gua terpaksa buat side income lain. Tetapi bukan
dengan menjual dadah. Lu sume memang takleh pikir lain ke?
Berbalik kepada perenggan kelima tadi, sesungguhnya makanan
kat Dungun ni bukanlah mahal sangat jika nak bandingkan dengan Kelantan, tempat
gua menetap. Harganya lebih kurang sama. Tapi, disebabkan gua tinggal kat rumah
sewa yang tiada dapur gas, pagi petang siang malam gua perlu makan kat kedai.
Setiap hari, gua rasa lebih kurang RM20++ juga penggunaan
duit sebagai seorang pelajar. Tambah-tambah seorang perokok tegar macam gua. Bayangkan:
Makan pagi
Roti cotek telo joget (roti tampal telur bergoyang separuh masak) + teh
panas = RM3.50
Makan tengahari
Nasik + lauk ayam + sayur + teh o beng = RM6
Makan petang kedai pendekar
Keropok + goreng pisang + teh o = RM3
Makan malam
Nasik goreng + telur dadar + teh o beng = RM5
Makan asap
Rokok Pall Mall Hijau = RM8.70
Lu tengok sendiri, lu tengok sendiri. Tu pun dah dekat RM25.
Gua tau, mesti lu nak cakap, berenti la rokok, selesai masalah. Kawan gua yang
tak hisap rokok pun, dia punya habis duit lebih kurang sama je. Apesal? Itu nasib
baik gua single, topup tak payah sangat. Dengan duit rumah sewa setiap 5hb,
duit bil air, api dan streamyx lagi. Mana gua dapat?
Memang duit gua tak penah cukup. Tambah pula rokok semakin
naik harga. Bagi orang-orang kaya, mungkin tak pernah terfikir kot pasal ni. Tapi
bagi gua, gua selalu juga fikir. Kalau nak kira, dalam sebulan tu gua perlu
habiskan RM750. Gua seorang pelajar, bukan pekerja kerajaan yang bergaji tetap.
Dari mana gua cekau duit tu setiap bulan. Gua pun pelik, walaupun jumlah itu
jauh lebih bezanya dari pendapatan sebenar bapak gua kirim, tapi gua tetap
hidup, dengan mendapat makanan yang cukup, serta rokok yang tak pernah putus.
Gua switch lagi fikiran gua.
Gua pun rasa mengantuk. Begitulah cerita bila gua berada di
katil sambil menunggu masa untuk lelap.
Gua harap, ibubapa gua paham, sekarang tahun 2012, semua
barang naik harga dan mahal-mahal belaka. Tak sama macam tahun 1960 dulu.