Isnin, 12 Januari 2009

kecewa

setiap hari aku bangun pagi pada tahun 2009.
lepas solat subuh aku membuat air nescafe dan lepak depan pc.
walaupun aku tau yang aku tak tau nak buat apa depan pc.
aku tgk blog aku dan tiada sebarang komen.
memang aku dah agak dah.haih..
so aku pun mula mengkaji kenapa tiada orang komen.
mungkinkah aku ini tidak hensem??ohhh sama sekali tidak.
mungkin entri aku xbest??
atau aku tidak famous spt sue anna joe atau anak mat nor yang mana blog mereka - setiap entri memperoleh komen sehingga 1 juta..
dan selepas membuat perhitungan yang agak lama aku mengecapi satu jawapan.
aku tidak ramai kawan..kawan yang menceburkan bidang dalam blogging.
atau kawan aku sekadar baca dan tinggalkan blog ini tanpa sebarang komen.
mari kita lihat berapa komen yang aku peroleh untuk tajuk KECEWA..
yaaa...kita memperoleh 0 ulasan..damn!

Sabtu, 10 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU

sebenarnya xde la baru sgt pon.. tahun dah buruk aku rasa.. cuma aku je ketinggalan.. tapi xpe, aku rasa sempena bulan 1 ni, aku masih boleh menyambut tahun baru.

apa yang baru sempena tahun baru?

setiap kali tahun baru orang pasang azam baru.. termasuk la aku sendiri.. macam2 azam aku pasang..

mula2 aku janji nak benti isap rokok. tapi aku rasa mcm mustahil je.. so aku cuba kurangkan je.. dari rokok dunhill aku tukar pall mall menthol.. abang aku yang ajar dulu.. budget2 bleh kurangkan la sebab rokok tu x best sgt.. tapi bila dah lame ngan rokok tu, aku rasa mcm ade keserasian antara kami..haih, xleh nak kurangkan jugak rupanya..

pastu aku janji xnak jamming.. sbb setiap kali jamm kat studio uitm aku dapat jamm 4-5 jam.. itu membazir masa, aku tau... tapi suara drum memanggil2 namaku supaya datang mengetuknya.. aku nekad xnak jamm.. tapi bila dtg je dungun awal2 sem, membe ajak jamm kat studio dungun, siap nak blanje.. so aku rasa rugi je kalau x main sama. ces..

pastu aku da xnak lepak2 minum2 mcm sem2 lepas.. dulu setiap hari 2-3 kali aku gi minum2 kat kedai.. azam yang ni aku dah dapat ubah sket.. aku dah x lepak kerap sgt.. lagipun rumah sewa aku skarang ni da ade streamyx.. hahaharam btol.. sama je la kalau x lepak pon aku main tenet gak.. x ke membazir masa?? xpe, skurang2nya aku bleh wat assignment kat umah je..

tu jela azam aku dari dulu sampai skarang.. aku rasa kalau azam ni seorang manusia, mesti dia x berguna.. sebab azam aku selalu x berguna..

selamat tahun baru...