Jumaat, 17 Julai 2009

Aku Kandas di Kehidupan Itu

sebenarnya aku tulis blog ni sebab nak training tekan binatang papan kekunci ni dengan laju..aku still x lepas lagi subjek typing yang sial tu walaupun da amek banyak kali..kenapa kena taip laju?time keje kena taip laju ke?

ok nak dijadikan cerita, aku skarang kat uitm dungun (lagi) walaupun kebanyakan budak kelas aku da blah untuk mengerjakan latihan industri..aku terpaksa sewa rumah sebab pihak kolej tidak berhati perut hanya menjanjikan kemudahan kepada pelajar2 yang baru saja.

so nak dijadikan cerita lagi, aku dapat housemate baru 2 orang iaitu beego dan zack..kedua2 mereka adalah pelajar degree di mana ia adalah bonus untuk aku terus membakar semangat memperjuangkan kisah kotor aku dengan mengulangi kertas2 ujian akhir..melepak dengan zack menjadikan hidup aku berubah dari insan hina kepada insan yang kurang hina.

walaupun love life zack agak goyah semasa perbualan kami di kedai ADW tempoh hari, tapi aku bangga kerana student life beliau amat stabil sehingga mencapai tahap kepuasan yang di tetapkan oleh ISO..maksud aku beliau bijak..juga family life beliau..amat stabil..

katanya, lelaki mempunyai 3 kehidupan..love life, student or work life dan family life..gua pun stuju jgk ngan kata2 beliau..lelaki tidak mencampurkan ketiga-tiga kehidupan itu..jika salah 1 dari kehidupan itu hancur, lelaki dapat bertahan dan teruskan 2 life tersebut..tetapi perempuan selalunya mencampurkan ketiga-tiga kehidupan tersebut dan bila salah satu hancur, semuanya akan turut serta berkecai bak hotel di jakarta yang di bom oleh pengganas.

teringat tentang membe aku dulu..sebab break ngan pakwe, sanggup dia extend 1 sem untuk lupakan kisah dukanya..apa sudah jadi? tapi lelaki pun ada begitu..10 dalam 100 kot..tapi sama juga jika extend sebab paper blum clear..gua malu lagi..

aku rasa jika di kira aku, love life ngan family life sudah dikira ok..ada satu yang agak suam2 kuku..gua malu lagi..

banyak lagi aku mau cerita..

di lain masa saja..

2 ulasan:

pepol berkata...

utk pengetahuan anda
semasa praktikal nanti mmg kene taip dgn laju
itu merupakan satu bonus kpd anda
semua pekerja di tempat anda praktikal itu akan kagum kebolehan anda itu....

Tanpa Nama berkata...

hahahaaa