Rabu, 22 Julai 2009

Manjalara Kehidupan

Kehidupan. Siapa x tahu erti kehidupan. Gua baru borak2 pasal kehidupan ngan membe gua. Lagipun blog ni pun tentang kehidupan.

Gua ada sorang membe. Beliau memang bangsat. Dia punya perangai lebih pada selesema babi. Gua memang tensen. Kamu hidup di rumah sewa tapi hidup kamu macam sialan.

Menulis berlatar belakang lagu freedom and justice membuatkan gua merasa seperti berada di planet hollywood sambil menyaksikan live ACAB. Tapi gua punya perasaan sekarang celaru gua rasa.

Disebabkan tandas rumah sewa gua yang agak2 tersumbat membuatkan gua semakin celaru memikirkan nasib gua yang perlu berak di petronas berdekatan. Kawan2 gua juga turut sama memikirkan nasib yang tidak berapa nak menyebelahi.

Berbalik kpd cerita member gua tadi. Gua dah buntu memikirkan masalah ini. Gua tinggal 7 orang. Semua mereka perlu berak di petronas buat masa sekarang. Ok itu bukan masalah sebenarnya. Gua punya member sorang ni memang gua tak respek. Gua namakan beliau Kamarul. Beliau tak tahu apa itu kehidupan. Kehidupan bermasyarakat. Gua memang pantang. Kalau gua tak pantang, gua tak tulis pasal kehidupan.

Si Kamarul ni seorang anak manja. Beliau tak tahu erti bekerjasama. Beliau tak tahu erti bermuafakat. Beliau tak reti nak basuh pinggan. Beliau tak reti nak angkat baju member di jemuran jika hari nampak gelap nak hujan. Beliau tak reti nak tanya member sudah makan ke belum. Gua memang sakit hati tahap SD Ram kat mamat ni. Gua rasa kalau ada bangkai babi kat ruang tamu rumah gua, mesti dia pijak buat2 tak perasan.

Buat si Kamarul, gua bagi satu ayat.

Lu elok pegi mampos..

Sabtu, 18 Julai 2009

Gua Mahu Jadi Femes

gua start berblogging ni baru 5,6 bulan..kagum gua baca blog power macam blog pipiyapong.dia punya penulisan memang kaw habis.gua bace gelak sorang2 macam gua kena ganja.yang komen blog beliau pun ramai.gua memang jeles.apa kejadah gua jeles kelebihan orang.

tengok,gua dah terguna 'gua' bukan 'aku'..

sapa2 yang baca blog gua pun,gua tahu korang semua pun menagih komen dari orang lain.sama macam gua.itukan kehidupan.kita tulis blog sebab nak orang baca.kalau tak nak orang baca,kau tulis diari la brader.tapi gua punya blog belum mencapai tahap.gua target blog gua masuk sinar harian.nelayan kampung sura pun boleh baca blog gua.mak cik jual nangka madu pun baca blog gua sambil tunggu pelanggan datang membeli.

tapi gua sedar susah mahu jadi femes.

sori pipiyapong,gua guna lu punya 'gua'.

sapa2 membe pipiyapong yang dah baca blog gua, tolong bagitau beliau yang gua tengah tunggu beliau komen blog gua.

atau link blog gua dalam blog beliau.

arghhh abang gua lupa bawak balik buku kacip.gua mahu baca.

satu hari gua boleh buat buku jgk mcm pipiyapong.

buku gua tajuk KEPIT.

Jumaat, 17 Julai 2009

Aku Kandas di Kehidupan Itu

sebenarnya aku tulis blog ni sebab nak training tekan binatang papan kekunci ni dengan laju..aku still x lepas lagi subjek typing yang sial tu walaupun da amek banyak kali..kenapa kena taip laju?time keje kena taip laju ke?

ok nak dijadikan cerita, aku skarang kat uitm dungun (lagi) walaupun kebanyakan budak kelas aku da blah untuk mengerjakan latihan industri..aku terpaksa sewa rumah sebab pihak kolej tidak berhati perut hanya menjanjikan kemudahan kepada pelajar2 yang baru saja.

so nak dijadikan cerita lagi, aku dapat housemate baru 2 orang iaitu beego dan zack..kedua2 mereka adalah pelajar degree di mana ia adalah bonus untuk aku terus membakar semangat memperjuangkan kisah kotor aku dengan mengulangi kertas2 ujian akhir..melepak dengan zack menjadikan hidup aku berubah dari insan hina kepada insan yang kurang hina.

walaupun love life zack agak goyah semasa perbualan kami di kedai ADW tempoh hari, tapi aku bangga kerana student life beliau amat stabil sehingga mencapai tahap kepuasan yang di tetapkan oleh ISO..maksud aku beliau bijak..juga family life beliau..amat stabil..

katanya, lelaki mempunyai 3 kehidupan..love life, student or work life dan family life..gua pun stuju jgk ngan kata2 beliau..lelaki tidak mencampurkan ketiga-tiga kehidupan itu..jika salah 1 dari kehidupan itu hancur, lelaki dapat bertahan dan teruskan 2 life tersebut..tetapi perempuan selalunya mencampurkan ketiga-tiga kehidupan tersebut dan bila salah satu hancur, semuanya akan turut serta berkecai bak hotel di jakarta yang di bom oleh pengganas.

teringat tentang membe aku dulu..sebab break ngan pakwe, sanggup dia extend 1 sem untuk lupakan kisah dukanya..apa sudah jadi? tapi lelaki pun ada begitu..10 dalam 100 kot..tapi sama juga jika extend sebab paper blum clear..gua malu lagi..

aku rasa jika di kira aku, love life ngan family life sudah dikira ok..ada satu yang agak suam2 kuku..gua malu lagi..

banyak lagi aku mau cerita..

di lain masa saja..