Isnin, 3 Ogos 2009

Hilangnya Tiada Ganti

Gua ada seorang ayah. Ayah gua punya adik beradik 7 orang kot. Gua pun tak ingat. Ayah gua yang paling tua. Maksud gua anak sulung. Gua bukan nak cerita pasal ayah gua pun. Gua nak cerita pasal adik ayah gua.

Nama beliau Ahmad Ramadhan kalau tak silap gua. Tapi orang panggil dia Mat. Ada juga orang panggil dia Mat David, disebabkan tahap pertuturan bahasa inggeris beliau mengalahkan Alexander Graham Bell. Gua ada jugak rasa jeles. Tapi gua buat buat tak tahu. Ada sekali mat saleh mane datang melancong kat kampung gua, terus jadi membe pak cik gua.

”Wah, hebat betul ayah mat mendekati kaum mat saleh..” kata gua sambil memikirkan masa depan kampung gua. Siap dia mintak alamat mat saleh tu dan saling menghantar poskad. Gua tahu cerita ni pun sebab dia yang suruh gua poskan poskad tu.

Nak menjadikan cerita....

Tahun yang lepas lepas, beliau ada eksiden. Time tu beliau naik motosikal Yamaha Sukan. Kena langgar lari gua ingat. Kesian. Koma la jugak barang seminggu dua. Doktor pun ada bedah kepala dia. Ada darah beku katanya. Sebulan lepas tu, dia dah jadi normal balik. Bagus.

Tapi setahun dua lepas dah pulih, beliau eksiden lagi gua dengar cerita. Mak gua yang cerita. Beliau naik motosikal tu jugak. Eksiden yang ni beliau tak koma. Cuma patah kedua dua tangan dan kaki. Mungkin sebab beliau tak ada lesen, tak pandai nak mengagak jarak. Atau sebab beliau memang lalai time menunggang motosikal. Tapi apa boleh buat. Tuhan dah tentukan. Gua tau. Gua cuma membuat tanggapan je.

Time dia terlantar kat hospital USM Kota Bharu, gua ada pergi. Jaga beliau barang sehari dua. Sempat jugak gua suapkan rokok kat beliau. Malam tu, gua tutup langsir area katil beliau. Gua pasang rokok Dunhill yang dah tinggal separuh baki gua hisap dalam toilet hospital petang hari tu. Gua letak kat mulut beliau, sekali tarik dah nak habis rokok tu. Power jugak dia punya paru paru. Asap pun dia kasi simpan dalam mulut 5,6 minit. Lama jugak beliau tak hisap rokok rupanya. Lepas tu terus nak sembahyang, walaupun dah lama beliau tak berganjak dari katil. Gua syak beliau tengah high, tiba tiba je nak sembahyang. Sambil senyum sorang sorang, gua sound beliau.

“tak payoh la ayoh mat, ayoh mat sakit tu..semaye nati sia (sembuh) la..”

Dia pun terus tidur.

…………………………………….

Setahun dua lepas tu, gua dengar cerita pak cik gua dapat duit. Duit pampasan. Pampasan apa gua tak pasti. Pampasan eksiden yang 2 kali tu kot. Tapi yang gua pasti beliau dapat dalam
RM 30 000 kot. Jeles gila gua rasa. Tapi takkan gua nak eksiden jugak kasi dapat duit. Bodoh pulak gua rasa fikir macam tu.

Hari hari berikutnya, beliau naik kereta sewa, pergi shopping kat KB Mall. Walaupun kaki beliau macam dah pendek sebelah di sebabkan eksiden tempoh hari, dapat juga beliau gagahkan diri pergi membeli belah. Memang tahap menteri beliau membeli belah. Dia punya spek pun cecah seribu sekeping. Spek Oakley. Menteri pon beli Chow Kit je gua rasa. Dia ada jugak beli jam tangan 3 utas. Dia punya jenama pun bleh tahan. Ada G-Shock, ada Arbutus. Gua tak pernah dengar jenama Arbutus. Tapi dia punya bentuk macam mahal gua rasa. Gua syak dalam ribu ribu jugak dia punya harga. Pintu umah nenek gua pun dia ada beli. Banyak lagi. Malas gua nak cakap tentang kekayaan beliau. Nanti orang syak gua riak pulak.

Hari tu 24 haribulan 7 tahun 2009 bersamaan dengan hari Jumaat, gua dalam kesedihan balik kampung gua. Pak cik gua meninggal dunia. Bukan sebab eksiden. Sebab tuhan dah tentukan ajal dia. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Hamzah.

4 ulasan:

Lee berkata...

takziah...

Unknown berkata...

lee,nama lu macam brand seluar bandle..haha

jenab berkata...

konpius la.. ahmad ramadhan dgn ahmad hamzah org yg sama ke?

Unknown berkata...

jenab,ahmad ramadhan n ahmad hamzah adalah orang yang sama. kamu kenal ke beliau?