Rabu, 19 Ogos 2009
Jumaat, 14 Ogos 2009
Rumah Gua Sudah Tiada Nyamuk
Hari itu gua amat penat sekali. Kelas gua start dari pagi lagi. Disebabkan sem ni gua sudah tak ponteng kelas, gua masuk semua kelas gua. Ada kelas LAW. Ada kelas Organizational Behavior. Gua redah semua. Gua pulang ke rumah dalam pukul 2 petang. Gua beli nasik kat kedai paling murah. Gua tapaw makan ngan member gua kat rumah.
Siap je makan, gua pekena rokok dunhill sebatang sambil minum air sirap. Sedar tak sedar dah dekat pukul 3. Peluang baik untuk tidur gua tak sia siakan. Gua ambik bantal, tanpa buka tilam gua, gua pekena tidur beralaskan tikar macam tu. Selalu jugak badan gua ada corak tikar lepas bangun tido. Ada sekali badan gua ada corak charger laptop. Siap ada tulis DELL kat kulit perut gua.
................................
Gua masuk je kelas, dah ada lecturer rupanya. Gua lewat lagi. Gua duduk kat tempat biasa gua duduk. Gua tengok lecturer.
”Eh,ni lecturer mane plak yang ajar gua ni?” Masa masuk kelas tadi gua tak tengok lecturer sebab gua tengah control hensem depan awek kelas gua.
”Muka ni macam familiar... Gua memang cam sangat dengan muka itu...” Mata gua tertumpu kat depan.
”Sah!! Itu memang Satar..”
”Tapi Satar ni kan orang gila kat Tanah Merah, kenapa dah jadi lecturer kat UiTM pulak?” Gua bingung.
Berdebar dada gua tengok apa yang berlaku. Kenapa Satar boleh jadi lecturer gua ni?? Tapi gua buat macam biasa. Tapi yang gua pelik, kenapa Keba member gua yang belajar kat UiTM Melaka boleh ada sebelah gua? Sepatutnya gua duduk sebelah Bejad, member gua kat UiTM Dungun, bukan Keba. Gua buat macam biasa lagi.
Habis kelas, macam biasa, dengan gaya ala-ala Shahrom Si Busuk Bulu, gua terhenjot henjot keluar dari kelas sambil tekan SMS. Tapi kenapa keadaan luar kelas gua macam persekitaran Sekolah Rendah Sri Suria 3? Bukan ke gua berada di UiTM Dungun ke?
”Pelik betul hari ini” kata gua dalam hati. Gua terus ke tempat parking kereta berjalan seiringan dengan Keba. Belum sampai ke kereta, Satar menyapa gua dari belakang.
”Nasik ado? Nasik, nasik..ado ko dok?” Muka pun dalam keadaan serius.
Tanpa berfikir, gua ngan Keba jawab serentak.
”Ado...”
Bukan boleh main main ngan orang gila ni. Mahu tak mahu kena bagi apa yang dia nak. Dulu gua dah pernah kena sekali ngan orang gila. Dia mintak rokok tapi gua cakap takda. Terus dia nak lempang gua. Nasib baik gua sempat elak. Berbalik kepada cerita gua tadi. Gua jawab tu pun dalam keadaan cuak gila. Tapi tadikan Satar lecturer gua. Apa pasal mintak nasik pulak?
Dengan harapan ingin menipu beliau, gua blah sorang sorang tinggalkan Keba bersama Satar. Gua cakap nak ambik nasik kat dalam kereta. Tapi sebenarnya gua lari keluar ikut pintu belakang sekolah tu.
”Hello Ba, mu mari ambik aku la ikut pintu belake. Aku tunggu sini deh..” Gua dalam keadaan tercungap-cungap menelefon Keba.
Dengan keadaan laju, tanpa memberhentikan kereta beliau, Keba buka pintu dan menyuruh gua melompat masuk ke dalam kereta. Gua pun melompat masuk penuh bergaya. Tapi kasut gua pula tercabut. Tidak bergaya rupanya lompatan gua. Gua capai kasut dengan tangan lantas menutup pintu kereta.
Kereta menyusur dengan laju.
Keba menceritakan bagaimana dia boleh terlepas dari Satar yang agak bengang menunggu gua mengambil nasik. Gua gelak keriangan.
Ingatkan kami dah terlepas dari Satar. Tiba tiba datang satu kereta Waja kaler hitam kat belakang kereta kami. Ada la lebih kurang 1 inci dia punya cucuk rapat. Gua tengok belakang, Satar yang drive kereta tu.
”Damn!!” Gua ingat dia dah lupa pasal nasik tadi. Marah betul muka dia sambil memecut.
Keba pun terus drop gear 3. Bukan main pickup kereta dia. Berdesing bunyi enjin. Kalau gua naik kereta Putra Mat boleh gua pecut. Masalahnya kereta Keba cuma Iswara Aeroback je. Mau rapat dia tekan minyak. Satar pulak rapat di belakang.
Lama jugak gua rasa adegan kejar mengejar tu berlaku. Ada adegan spin tire. Ada adegan drift. Walaupun kereta Iswara je. Ada adegan langgar lampu merah. Ada adegan kereta pusing pusing. Gua rasa macam tengah berlakon dalam filem KL Drift pun ada. Andrenalin gua pun dah sampai tahap keluar ikut bontot. Andrenalin tu cecair ke apa gua pun tak tahu sebenarnya.
43 minit kemudian, masa tengah pecut, Keba brake emergency. Gua tak pasti ada apa yang melintas. Mungkin juga Keba cuma mahu membuat taktik untuk melepaskan diri dari Satar yang semakin aktif. Satar terus melulu tanpa memikirkan keselamatan. Lagipun gua rasa dia tak memakai seat belt masa tu.
Booommmm....
Kereta Waja Satar terus melanggar belakang kereta kami tanpa ada belas kasihan. Melambung kereta Satar melepasi kereta kami. Syukur kami selamat. Dalam keadaan kucar kacir dan ruang angkasa di selubungi asap, kami keluar dari kereta. Kami lihat sekeliling. Kereta Satar hancur. Gua terus bergegas ke tempat Satar. Kasihan. Satar mati dalam keadaan ngeri. Muka beliau terpotong dua. Gua ada cari badan dia tapi tak jumpa. Gua syak hancur bersama enjin enjin yang bersepah di jalan itu.
”Teh!!.. Teh!!..” gua dengar ada suara panggil gua. Gua macam kenal suara tu.
“Bangun Teh…Pok Sheikh datang tu…” Patut la gua cam suara tu. Suara Beego, housemate gua.
Rupanya Pok Sheikh, owner rumah sewa gua datang nak pasang jaring penghalang nyamuk kat tingkap rumah gua.
Semut itu keluar dari telinga gua bila gua sedar. Patut la sound effect time kejar mengejar tadi macam real. Bunyi dia bergerak rupanya.
Gua bangun dalam keadaan berpeluh dan penuh dengan corak tikar di kulit perut.

Ahad, 9 Ogos 2009
Saja Gua Nak Letak Gambar Ni
Isnin, 3 Ogos 2009
Hilangnya Tiada Ganti
Gua ada seorang ayah. Ayah gua punya adik beradik 7 orang kot. Gua pun tak ingat. Ayah gua yang paling tua. Maksud gua anak sulung. Gua bukan nak cerita pasal ayah gua pun. Gua nak cerita pasal adik ayah gua.
Nama beliau Ahmad Ramadhan kalau tak silap gua. Tapi orang panggil dia Mat. Ada juga orang panggil dia Mat David, disebabkan tahap pertuturan bahasa inggeris beliau mengalahkan Alexander Graham Bell. Gua ada jugak rasa jeles. Tapi gua buat buat tak tahu. Ada sekali mat saleh mane datang melancong kat kampung gua, terus jadi membe pak cik gua.
”Wah, hebat betul ayah mat mendekati kaum mat saleh..” kata gua sambil memikirkan masa depan kampung gua. Siap dia mintak alamat mat saleh tu dan saling menghantar poskad. Gua tahu cerita ni pun sebab dia yang suruh gua poskan poskad tu.
Nak menjadikan cerita....
Tahun yang lepas lepas, beliau ada eksiden. Time tu beliau naik motosikal Yamaha Sukan. Kena langgar lari gua ingat. Kesian. Koma la jugak barang seminggu dua. Doktor pun ada bedah kepala dia. Ada darah beku katanya. Sebulan lepas tu, dia dah jadi normal balik. Bagus.
Tapi setahun dua lepas dah pulih, beliau eksiden lagi gua dengar cerita. Mak gua yang cerita. Beliau naik motosikal tu jugak. Eksiden yang ni beliau tak koma. Cuma patah kedua dua tangan dan kaki. Mungkin sebab beliau tak ada lesen, tak pandai nak mengagak jarak. Atau sebab beliau memang lalai time menunggang motosikal. Tapi apa boleh buat. Tuhan dah tentukan. Gua tau. Gua cuma membuat tanggapan je.
Time dia terlantar kat hospital USM Kota Bharu, gua ada pergi. Jaga beliau barang sehari dua. Sempat jugak gua suapkan rokok kat beliau. Malam tu, gua tutup langsir area katil beliau. Gua pasang rokok Dunhill yang dah tinggal separuh baki gua hisap dalam toilet hospital petang hari tu. Gua letak kat mulut beliau, sekali tarik dah nak habis rokok tu. Power jugak dia punya paru paru. Asap pun dia kasi simpan dalam mulut 5,6 minit. Lama jugak beliau tak hisap rokok rupanya. Lepas tu terus nak sembahyang, walaupun dah lama beliau tak berganjak dari katil. Gua syak beliau tengah high, tiba tiba je nak sembahyang. Sambil senyum sorang sorang, gua sound beliau.
“tak payoh la ayoh mat, ayoh mat sakit tu..semaye nati sia (sembuh) la..”
Dia pun terus tidur.
…………………………………….
Setahun dua lepas tu, gua dengar cerita pak cik gua dapat duit. Duit pampasan. Pampasan apa gua tak pasti. Pampasan eksiden yang 2 kali tu kot. Tapi yang gua pasti beliau dapat dalam
RM 30 000 kot. Jeles gila gua rasa. Tapi takkan gua nak eksiden jugak kasi dapat duit. Bodoh pulak gua rasa fikir macam tu.
Hari hari berikutnya, beliau naik kereta sewa, pergi shopping kat KB Mall. Walaupun kaki beliau macam dah pendek sebelah di sebabkan eksiden tempoh hari, dapat juga beliau gagahkan diri pergi membeli belah. Memang tahap menteri beliau membeli belah. Dia punya spek pun cecah seribu sekeping. Spek Oakley. Menteri pon beli Chow Kit je gua rasa. Dia ada jugak beli jam tangan 3 utas. Dia punya jenama pun bleh tahan. Ada G-Shock, ada Arbutus. Gua tak pernah dengar jenama Arbutus. Tapi dia punya bentuk macam mahal gua rasa. Gua syak dalam ribu ribu jugak dia punya harga. Pintu umah nenek gua pun dia ada beli. Banyak lagi. Malas gua nak cakap tentang kekayaan beliau. Nanti orang syak gua riak pulak.
Hari tu 24 haribulan 7 tahun 2009 bersamaan dengan hari Jumaat, gua dalam kesedihan balik kampung gua. Pak cik gua meninggal dunia. Bukan sebab eksiden. Sebab tuhan dah tentukan ajal dia. Semoga rohnya di cucuri rahmat.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Hamzah.

Langgan:
Catatan (Atom)