Sabtu, 21 Februari 2009

Dosa #1

ya.banyak yang aku berdosa dgn ibuku.juga bapaku.

kalau aku nak tulis semua,maybe panjang sgt.dan aku juga lupa kesalahan2 lampau aku.

masa aku kecik,setiap pagi ibubapaku menghantar aku ke nurseri kerana aku sekolah sesi petang.so,pagi2 aku lepak kat nurseri dulu.sebelah nurseri aku ada kedai kopi.jual pelbagai jenis sarapan pagi.

pada suatu hari (tahun 1994 kot) selepas aku mandi pagi itu,aku telah mencuri duit ibuku sebanyak RM3.masa tu ibuku tengah bersiap-siap.bapaku juga begitu.jadi aku mengambil kesempatan itu menyelinap ke dalam bilik mereka sambil berpura-pura ingin menyikat rambut.dan aku terus mencuri duit beliau.sebanyak RM3.bukan untuk beli rokok.bukan juga untuk beli ding dang atau tora.tapi aku melakukan dosa itu kerna ingin membeli makanan.ya kerna ingin membeli 2 cucuk sate bersama nasi himpit yang dibungkus dalam daun pisang.di kedai kopi tersebut.

hari sebelum itu,aku telah melihat pak cik itu makan sate tersebut dengan sedap sekali.tapi time tu aku hanya mampu menelan air liur kerna aku tidak diberi duit poket yang banyak.aku hanya dapat RM1 sehari.di sebabkan sate lah aku membuat dosa pertama aku.

betul,aku rasa,itulah dosa pertama aku.