Isnin, 25 Julai 2011

Gerimis Mengundang

Tarikh : 6/4/2011

Masa : 11.40 p.m.

Tempat : dalam bilik rumah sewa dungun

Suatu Pengakhiran

Gua sudah single. Selepas kira-kira 5 tahun gua kenal dia. Serius gua rindu dia.

Ceritanya bermula begini.

Suatu hari, gua bangun dari tidur, dia ada mesej gua – dia mahu berubah. Gua macam pelik sket, tiba-tiba mahu berubah. Tapi dia mahu berubah ke arah kebaikan. Gua ok je. Gua lagi suka. Lagipun buat apa gua nak marah kalau orang nak berubah jadi baik. Cuma yang buat gua pelik, lepas dia belajar kat CIAST shah alam ni, dia tiba2 nak berubah. Dia nak ckp ‘awak saya’ ngan gua sedangkan gua ada panggilan manja untuk dia. Tapi gua tak kisah. Gua jenis yang ‘on’ je. Tapi hari-hari seterusnya, dia mesej gua pun dengan bahasa yang elok je. Contoh mesej dia – ‘apa khabar, dah solat ke belum? Solat lah dengan hati yang ikhlas, sesungguhnya syurga itu wujud’. Masalah sekarang, gua bukan benci, tapi gua memang tau semua tu. So, gua pun tak reti nak reply mesej keislaman macam tu. Bukan bermaksud gua tak tau pasal islam, tapi gua tak pernah mesej keislaman dengan dia. Tapi gua layankan saja perubahan dia, ingatkan biasa-biasa saja. Rupanya melarat.

Sampai suatu malam, yang indah, gua tengah lepak di bistro bersama kawan-kawan gua, tengah bershisha, tiba-tiba saja dia mesej gua, menjemput gua ke majlis pernikahan dia. What the hell is goin on babe?? Gua bertanya, tetapi dalam hati saja. Gua rasa sangat pelik, kerana tiba-tiba saja dia ingin berkahwin. Gua kawal perasaan terkejut gua. Dengan penuh selamba, gua bertanya dengan siapa dia ingin mendirikan rumah tangga. Dan dia dengan penuh konfiden, menjawab “dengan khairul”.. Gua kenal si Khairul ni. Dia pernah bercerita tentang si Khairul ni. Katanya mamat ni minat kat dia, dan mmg suka kat dia, dan suka bagi nasihat kat dia. Wah, pandai kamu mengambil hati perempuan ya..

Gua dengan penuh kerilekan, bertanya lagi – “kenapa nak kawin dengan mamat tu, sedangkan kita dah kapel lebih kurang 5 tahun, tapi tiba-tiba nak kawin dengan orang lain??”. Beliau dengan selamba menjawab –“saya rasa, ini jodoh saya. Tuhan dah makbulkan doa saya. Dari dulu saya berdoa untuk berkahwin umur 23. Dan sekarang umur saya dah 23. Tuhan sudah makbulkan doa saya. Lagipun saya ini perempuan liar, saya orang miskin, saya tak layak untuk awak”.. what the hell lagi sekali.

Sepanjang gua kapel, tak pernah pula gua usulkan isu pangkat dan darjat, taraf hidup mahupun pandangan politik kami. Gua juga tidak pernah memberi sebarang tahap kelayakan untuk seseorang berkasih dengan gua. Kenapa dia timbulkan isu yang boleh di kira tak masuk akal langsung.

Selepas agak lama kami berbincang di telefon, akhirnya gua mengiakan saja kehendak beliau. Setelah 1769 hari bersama, akhirnya hubungan cinta kami kecundang jua pada malam itu. Tapi gua sempat cakap “kita putus cara aman, kahwinlah dengan si mamat itu, moga bahagia”. Dengan perasaan yang agak sedih, perbualan kami berakhir. Gua sambung lepak dengan kawan-kawan gua, tapi dengan perasaan yang sedikit celaru, kerna mahu menyembunyikan babak sedih gua.

……………………………………………………………

Keesokan harinya, bersamaan dengan 1hb mac 2011, gua bangun mcm biasa, dan pergi ke kelas mcm biasa juga. Walaupun dengan keadaan mental gua yang sedikit gundah gulana, gua gagahkan diri ke kelas. Selesai saja kelas, gua seperti rutin harian sebelumnya, akan ke kedai roti canai untuk sarapan pagi. Menikmati roti canai dan teh tarik pada pagi yang indah itu membuatkan gua sedikit terlupa dengan kejadian malam sebelumnya. Tiba-tiba telefon bimbit gua berdering. Mcm biasa, nada dering suspen cerita P. Ramlee menjadi kegemaran. Gua jawab panggilan itu sambil menghirup teh tarik.

Gua terpaku. Adik awek gua yang membuat panggilan. Katanya awek gua sedang meracau di Shah Alam. Sedang meraung-raung bagai di rasuk iblis. Gua berdebar. Mungkinkah sebab gua putuskan hubungan semalam? Gua berterima kasih atas informasi tersebut lantas menamatkan panggilan. Gua terus menelefon mak gua. Dan kemudian menelefon semula adik awek gua. Dan kemudian menelefon ibu saudara mereka di Shah Alam, setelah mendapat nombor telefon dari adiknya.

Memang betol, awek gua sedang meracau dan meraung, gua dengar dalam perbualan bersama ibu saudara beliau. Gua begitu cam suara itu. Suara yang gua selalu dengar selama 5 tahun kebelakangan ini. Gua berdebar. Gua gagahkan diri, meminta ibu saudara beliau memberi laluan kepada kami untuk bercakap. Ibu saudaranya memberi telefon bimbit itu kepada awek gua.

“aku tahu kau kat mana.. baik kau datang jumpa aku… kalau tak, aku akan pergi cari kau kat sana.. aku sudah gila sekarang..” (dalam loghat Kelantan) belum sempat gua berkata apa-apa, itu yang gua dapat dari beliau. Nah, gua bingung. Awek gua yang gua puja selama ini, sudah tidak seperti dulu lagi. Suaranya pun sudah agak berubah. Tidak hormat pada gua lagi, tidak sopan dengan gua lagi. Kerana keadaan kat sana yang agak kelam kabut mungkin, ibu saudaranya memutuskan panggilan.

Gua celaru, gua tertekan. Roti canai dan teh tarik tak dapat gua telan. Tiada rasa semuanya. Gua ajak member gua balik rumah sewa. Gua kawal emosi. Gua kawal jatidiri. Ya, gua tidak mengangis. Gua lepak, hisap rokok sebatang. Kira-kira setengah jam berlalu, ibu saudaranya menelefon gua lagi. Entah apa lagi yang berlaku.

“hello, ni haris kan. Mak cik nak tanya ni, korang berdua ni dah bertunang belum?”. Gua pantas jawab “belum”. Memang betul, gua belum bertunang. Pernah beli cincin, tapi sebagai hadiah hari jadi saja. “hmmm begini haris, dia cakap kamu rogol dia, betul ke??” kata ibu saudaranya. Gua hancur luluh. Gua terduduk. Hati gua meletup. Jiwa gua menggigil. Air mata gua yang gua tahan tadi tumpah akhirnya. Gua baling telefon gua ke dinding. Gua rasa lemah gemalai. Dan akhirnya terbaring di lantai.

Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Sanggup engkau. Sampai hati engkau.

Gua sudah tak ingat apa. Yang gua fikir time tu, gua nak jumpa keluarga. Gua suruh housemate gua hantar gua ke rumah kakak gua kat kerteh. Perjalanan dari dungun ke kerteh bagai di awangan. Gua lupa. Gua takut. Sampai rumah kakak gua, gua baring, dan tertidur.

Di situasi lain, ibu awek gua dalam perjalanan ke Shah Alam, ingin melihat anaknya. Gua terjaga dari tidur, menelefon ibunya, menelefon ibu saudaranya, menelefon adiknya, menelefon sesiapa sahaja yang mengenali diri beliau, untuk bertanya keadaan pada masa itu.

…………………………..

3 hari gua cuti tanpa sijil sakit. Gua tak peduli. Mungkin lecturer gua da agak bengang dengan gua masa tu. Gua peduli apa, dia bukan tau masalah gua sekarang. Nanti gua da ok kang, gua bagitau la elok2 kat dia. Hmm…

Sudah sebulan lebih berlalu. Gua masih trauma dengan tuduhan rogol tersebut. Walaupun kadang-kadang gua terlupa, bila di kelilingi oleh kawan-kawan gua di UiTM Dungun ini, yang memahami jiwa gua, yang suka ajak gua lepak minum, tapi bila gua kesorangan di rumah, mahupun di mana-mana, gua akan termenung, memikirkan balik situasi yang terjadi sebulan yang lepas. Gua cuba muhasabah diri, mungkin tuhan nak uji gua, untuk lebih mengingatiNya. Memang betol, gua mengaku, 2,3 minggu sebelum kejadian tu terjadi, gua alpa, alpa dengan dunia maya, yang seronok, sembahyang pun tidak cukup. Dia sayangkan gua, tak mahu gua semakin lalai, dengan permainan duniawi, yang di pinjamkan olehNya buat sementara. Terima kasih tuhan. Gua mengucapkan syukur dalam hati.

Hari tu, ada sekali, entah berapa haribulan, gua balik rumah Kelantan. Gua mintak izin mak gua, mahu melawat awek gua. Mak gua kasi. Gua pergi machang, rumah beliau, bersama abang gua dan kakak ipar gua. Kami beli goreng pisang dan air kelapa di dalam perjalanan ke rumah beliau. Gua takut sepanjang perjalanan ke rumah beliau, memikirkan apa bakal terjadi setelah sekian lama gua tak jumpa beliau, semenjak beliau start meracau di Shah Alam hari tu. Mungkin beliau akan mengamuk setelah melihat gua, atau beliau ambil pisau dan rodok perut gua. Pelbagai andaian mengarut dan lakonan drama berlegar di minda gua.

Sampai di rumah beliau, gua di sambut oleh ibunya. Gua tengok kiri kanan, awek gua tiada, ok bekas awek gua sebenarnya. Tiada. “dia dalam bilik, makcik dia tengah pakaikan baju, baru lepas mandi”. Ibunya macam sudah tau soalan yang ingin gua kemukakan. 3 minit kemudian, pintu bilik di buka, beliau peluk makciknya, menutup muka beliau, malu, kerana beliau menangis. Makcik beliau memaksa duduk, dan melepaskan beliau. Dengan sopan, tapi penuh air mata di kelopak mata, beliau duduk, merenung abang gua, dan kakak ipar gua, dan terus merenung tajam ke wajah gua. Gua berdebar. Semua terdiam.

Beliau slide bontot, menerpa ke arah gua, dan memeluk erat gua, sambil menangis dan sambil berkata “Pok teh aku!”. Sedih, serius gua sedih. Dalam hati gua menangis lagi. Kesian, melihat keadaannya. Walaupun gua gabra dia sedang memeluk gua, di depan semua orang. Ibunya memberi isyarat tangan, supaya gua biarkan dia peluk gua. Mungkin dia sangat rindukan gua. Dan nasib baik, dia masih kenal gua.

Bersambung kalau gua rajin..