Isnin, 6 Jun 2011

Keluarga Lepak Lewat Pagi

Gua dah lama tak menulis. Rasa malu pulak nak menulis. Haha.

Ada suatu hari, gua pegi jalan jalan kat Kuantan, gua lepak MekDonel TC. Gua nampak satu family. Ada bapak mereka, emak mereka, dan adik beradik mereka. Boleh tahan hot juga emak mereka. Tapi gua bukan nak cerita pasal emak mereka.

Adik beradik diorang semua kecik kecik. Gua agak yang sulung darjah 4. Yang bongsu maybe 2 tahun kot. Mereka semua nampaknya seperti sebuah keluarga bahagia. Ada yang makan burger, ada yang makan bubur, ada yang makan nugget. Yang bongsu tengah kunyah fries dari tadi tak habis habis.

Gua tengok dressing mereka, nampak semua macam mahal. Yang bongsu pun pakai selipar clark. Yang bapak gua tak tengok pulak. Gua agak mereka orang kaya.

Makan, makan, makan. Selesai je makan, anaknya yang sulung mengeluarkan suatu telefon bimbit canggih dari poket. Tekan, tekan, tekan, touch screen, gua rasa iphone. Main game lumba kereta kot, sebab gua tengok dia pegang iphone tu macam stering kereta. Kepala pon dah ke kiri dan ke kanan. Layan lap kot.

Adiknye pon keluarkan iphone dari poket. Sama jugak, main game. Gua agak dia main game sama dengan abangnya. Guna infrared kot. iphone ada infrared ke? Gua tak tau kalau canggih canggih macam ni. Guna tanpa wayar kot. Ayahnya layan rokok kat bucu sana. Emaknya yang hot layan kerenah anak bongsu mereka makan aiskrim.

Budak zaman sekarang memang style. Tapi dah macam hilang saja. Hilang silaturrahim.